top of page

Pembaikan Penyidai Baju Besi Dinding

Sekiranya anda sedang mencari pembekal dan perkhidmatan pemasangan penyidai baju dinding di kawasan Lembah Klang untuk melengkapkan keperluan rumah anda, maka B & XL Enterprise merupakan pilihan terbaik anda. Produk utama kami adalah penyidai baju siling – yang boleh dilaraskan dan boleh menjimatkan ruang. Kami bukan sahaja menawarkan perkhidmatan pemasangan penyidai baju besi dinding, malah kami juga berupaya melakukan pembaikan sekiranya terdapat sebarang kerosakan pada produk. Untuk makluman anda, perkhidmatan pembaikan ini bukanlah terhad kepada pelanggan yang membeli produk kami sahaja, kami juga boleh membaiki sebarang ampaian baju yang telah dipasangkan di rumah anda. Servis ini hanyalah tertakluk bagi ampaian yang dipasangkan pada dinding dan siling sahaja. 

penyidai baju besi dinding

Pemasangan Penyidai Baju 

B & XL Enterprise adalah pembekal penyidai baju dinding di seluruh Malaysia. Syarikat yang telah ditubuhkan sejak tahun 2016 ini kekal relevan dalam industri dengan mengekalkan servis yang bagus, menawarkan harga yang berpatutan, serta memiliki pelbagai jenis koleksi produk penyidai baju besi dan berkualiti tinggi. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan penyidai baju besi dinding untuk keperluan rumah anda, tetapi tidak pasti produk mana yang sesuai dengan ruangan di rumah anda, jangan bimbang! Kami menawarkan perkhidmatan nasihat dan rundingan. Hubungi B & XL Enterprise dengan segera. Kami sentiasa bersedia menolong anda.

Produk Yang Berkualiti

Kami di B & XL Enterprise menawarkan solusi ampaian baju menjimatkan ruang yang menepati pelbagai jenis bentuk rumah. Bagi penghuni rumah yang mempunyai ruangan menyidai baju yang terhad, penyidai baju siling merupakan pilihan yang tepat untuk anda! Rangkaian produk kami mempunyai kualiti yang unggul, dimana produk ini memiliki ciri-ciri tahan lasak, tahan lama, diperbuat daripada bahan yang berkualiti tinggi, dan memenuhi keperluan pengguna. Malah, reka bentuknya yang moden dan kukuh membuatkan ramai pengguna kami sangat berpuas hati. Selain daripada produk yang berkualiti kami juga mempunyai servis yang mantap. Sekiranya terdapat sebarang masalah pada penyidai baju yang kami pasangkan, anda hanya perlu menghubungi kami dengan segera. Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah tersebut degan kadar segera dalam masa yang singkat.

Hubungi Kami Sekarang

Selain panggilan telefon dan mesej melalui Whatsapp, anda juga boleh menghubungi kami menerusi laman web B & XL Enterprise. Anda hanya perlu meninggalkan nama, e-mel, perkara yang ingin dibincangkan, dan mesej di ruangan yang disediakan pada halaman Contact. Selepas itu, giliran kami akan memberikan cadangan (proses rundingan), menetapkan tarikh pemasangan (dengan persetujuan anda), dan mengunjungi rumah anda untuk servis pemasangan. Setelah itu, barulah anda melakukan pembayaran kepada pihak kami. Antara kaedah pembayaran yang boleh dilakukan adalah melalui TnG, bayaran tunai, dan bayaran pindahan melalui dalam talian (online transfer).

penyidai baju besi dinding
bottom of page