top of page

Pilih Penyangkut Baju Besi Yang Sesuai Untuk Anda

Pada zaman serba moden ini, kebanyakan orang yang menetap di bandar biasanya tinggal di kediaman yang tinggi seperti pangsapuri dan kondominium. Tetapi rumah kediaman seperti ini mempunyai ruang yang agak terhad untuk menyidai baju dan masalah seperti ini agak menyusahkan penghuni rumah kediaman masing-masing.


Kini, terdapat pelbagai jenis penyangkut baju besi yang direka khas dan boleh menyelesaikan masalah ruang yang terhad. Selain itu, besi penyangkut baju ini diperbuat daripada bahan tahan karat yang berkualiti tinggi, tahan lasak, dan mampu menampung berat pakaian.


Jenis-Jenis Penyangkut Baju Besi di Pasaran


#1 Penyangkut Baju Besi Siling





Kebiasaannya ampaian penyangkut baju besi ini dipasangkan pada siling rumah. Produk ini membantu kita daripada segi masalah ruangan menjemur kain yang yang terhad. Selain itu, ampaian penyangkut baju besi ini juga tidak mengambil ruang lantai atau menghalang laluan.


Penyidai baju siling boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu lifting series dan smart hanging track. Ciri utama yang membezakan produk lifting series dan smart hanging track adalah sistemnya. Ampaian daripada lifting series boleh dilaraskan (ke atas dan ke bawah) secara manual, di mana terdapat tombol yang boleh diputarkan. Manakala, penyangkut baju daripada koleksi smart hanging track pula boleh dilaraskan secara mudah dengan menggunakan alat kawalan jauh.


#2 Penyangkut Baju Besi Dinding





Selain boleh dipasang pada siling rumah, besi penyangkut baju dinding ini juga boleh dipasangkan pada bahagian dinding rumah. Penyangkut baju ini merupakan salah satu produk daripada koleksi retractable series. Penyangkut baju besi dinding ini sesuai untuk kebanyakan jenis rumah, kerena nampak lebih kemas, mempunyai reka bentuk moden, dan sangat kukuh. Ia juga sangat mudah dilaraskan mengikut keperluan anda. Malah, ia mampu menampung berat sehingga 60kg dan diperbuat daripada bahan tahan karat.


#3 Penyangkut Baju Boleh Lipat





Ampaian jenis ini mempunyai ciri-ciri fleksibel seperti ringan, mudah dialihkan, tahan lasak, serta mudah disimpan. Kelebihan produk ini adalah iaitu boleh dilipat untuk disimpan. Jadi, anda tidak perlu risau memikirkan macam mana hendak menyimpan produk ini.